CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 2, 2010

Apa adE pd Nama....

Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila. Ke sana ke sini nama itu asik disebut2. Sering dia popularkan oleh seseorg. Siapa lagi kalau bukan tuan empunya nama itu sendiri. 'Woi, Tasya!', jerit Jamilah yang berlari2 anak kearahnya.
'Hei Jamilah, engkau tak boleh panggil nama aku dengan sempurnakah, hah!', 'Errrr....Maaf Tasya .Eh! Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila'. 'Haa...macam tulah kawan aku!'.
Begitulah dia. Asyik menjaga namanya ke sana ke mari. Sejak dia masuk ke Sekolah Sri Manja Melati, lima bulan lalu, namanya sering terdengar di mana2. Hasratnya supaya org ramai mengagumi namanya itu. Sikapnya itu sudah lama bermula. Ketika mendaftarkan diri dulu, di dengan bangganya mendaftarkan namanya. 'Siapa nama awak?', tanya kerani sekolah itu.
'Err... saya Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila, jelasnya sambil tersenyum. Senyumannya itu melebar apabila kerani sekolah itu terlopong mendengar namanya. Dengan nama dan kecantikkannya, dia telah menjadi seorg pelajar yang popular dan mmg itu yang dia mahukan.

Dia cantik. Ibunya berdarah Inggeris. Matanya coklat, rambutnya perang, kulitnya kuning langsat. Bibirnya merah bak delima. Hidungnya mancung bak seludang. Dia juga kaya. Sudah beberapa kali dia melancong ke luar negara. Rumahnya ada tiga buah. Dua di Malaysia dan satu di England. Kereta mewahnya ada lima. Org gajinya ada berpuluh2 org dan banyak lagi yang perlu diceritakan ttg kekayaannya. Dengan apa yang dia ada, sebahagian drpd pelajar Sekolah Menengah Sri Manja Melati meminatinya, ttp ada juga sebhgn yang membenci kerana sikapnya itu.

'Raihan, cuba engkau sebut nama penuh aku dengan penuh tatasusila', katanya. Dia ingin menduga kawannya itu. 'Err...Deannie...er...Zaf...Zafrena..aa...Natasya...aa...Mella...Mel....Mellaniesyakila....Betul x?', tny raihan yang baru sahaja menyebut namanya dengan tidak lancar. 'Huh, sebut nama aku pun tergagap2. Esok aku tanya kau sekali lagi. Kalau macam ni juga, jangan harap aku nak kawan dengan kau!'. 'Eleh! nama panjang-panjang pun kalau tak ada makna , apa guna!', Raihan meninggikan suara. 'Huh! kalau cemburu cakap sahajalah'. Begitulah dia tidak mahu mengalah langsung.

Cuti penggal berakhir. Semesta kedua pun bermula. Seorg pelajar baru telah memasuki sekolah itu. Pelajar baru itu bernama Fadzil Aminullah. Orangnya segak dan kacak. Seperti biasa, dia dengan sikap tergedik-gedik itu, tidak melepaskan peluang untuk mengenali jejaka idaman ramai itu. Dari jauh kelihatan Fadzil Aminullah berehat di bawah pohon sena.
'Err.. hai nama saya Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila. Boleh saya tau nama saudara?' tanyanya hormat.
'Aa...Fadzil Aminullah!'.
'Aa..Fadzil Aminullah! itu sahaja! yek, x sedap nama!', perlinya.
'Asalkan ada makna yang bagus, itu sudah cukup. Nama saya adalah dalam bahasa Arab, yakni bahasa Syurga'.
'Err...apa nama awak tadi?'.
'Aa...awak x dengar kee?'.
'Bukan x dengar tapi x dapat tangkap nama awak tadi!'.
'Saya Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila...! jelasnya dengan senyuman manis.
'oh...adakah itu dlm bahasa arab. Kalau ya apa maknanya?', tanya Fadzil.
'Err...aa....er... maaflah, saya sibuk sekarang. Er.. lagipun apa ada pada nama!', katanya cuba menutup malu.
'Er...saya pergi dulu ya!' sambungnya lagi...Fadzil hanya tersenyum. Senyumannya itu membuatkan sesiapa sahaja memandangnya bisa cair.
sudah dua bulan Fadzil Aminullah bersekolah di situ. Dan dlm tempoh itu, Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila cuba menarik perhatiannya. Namun, Fadzil langsung tidak menghiraukannya. Suatu hari ketika berbual2 bersama Fadzil, tiba-tiba Fadzil berkata.....

'Sepupu saya akan berpindah ke sekolah ini minggu depan!'.
'Sepupu awak tu lelaki ke perempuan?'.
'Perempuan'.
'Ah, perempuan buat apa! Tak boleh aku tambah koleksi'.
'Apa awak cakap td?', tanya Fadzil.
'Er...tak ada apa2', katanya sambil menggeleng2kan kepala.
'Hm... sepupu saya ni namanya bagus. Juga dalam bahasa Arab. Maknanya pun elok. Awak nak tahu nama dia?', tanya Fadzil kepadanya.
'Tak apa, tak apa! Nama saya lagi bagus. Saya rasa dia terlopong apabila mendengar nama saya. Lagipun apa ada pada nama dia...!',katanya penuh angkuh dan dia segera beredar dr situ.
'Tunggulah minggu depan...!', jerit Fadzil Aminullah.
Dia hanya mencebikkan bibir dan menjuihkan lidah kepada kepada Fadzil.

Seminggu kemudian, seperti yang diberitahu Fadzil, sepupunya pun datang. Dia adalah seorang gadis yang cantik dan manis. Wajahnya dia seorg arab. lagipun dia mempunyai perilaku yang baik dan sopan. Sepupu Fadzil itu juga adalah saingan yang terhebat bagi Deannie Zafriena Natasya Mallaniesyakila. Oleh kerana tidak mahu dianggap kuno dan kolot, dia pun tergedik2 ingin mengenali sepupu Fadzil itu kerana sebelum ini dia hanya mengenali sepupu Fadzil itu dengan nama Nur sahaja.

Pada suatu hari, dia bejalan2 di sekeliling sekolah, tiba2 dia ternampak Fadzil dan sepupunya sedang berbual2 di kantin. Hatinya menjadi panas apabila melihat Fadzil bersama org lain. Namun dikawal sahaja perasaannya. Dengan segera dia menghampiri mereka.
'Err... maaf jika saya mengganggu', katanya.
'Tak...tak kehadiran saudari menemui saya memang saya tunggu,' kata Nur.
Tasya menjadi marah dan geram melihat kecantikan dan kesopanan Nur, tetapi dia yakin apabila dia memperkenalkan diri nanti, Nur akan terlopong mendengar namanya.
'Boleh saya tahu nama saudari?', tanya Nur. Tasya tersenyum sekali lagi.
'Saya Fatin Nur Hafidzah Zayana An-Nuruzakiatunnaja. panggil saja Nur,' kata Nur dengan penuh tatasusila. Pada waktu itu, tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan Tasya. Mulutnya terlopong, matanya berkaca. hatinya bagai disentap. Dalam hatinya dia berkata indahnya namamu itu Nur.
Fadzil berada disebelah Nur, menahan ketawa dan secara tiba-tiba, Fadzil berkata, haa...itulahhh...! Apa ada pada nama...!! dan Tasya seperti mahu rebah......

~~Tamat dah~~

Tuesday, April 20, 2010

minggu pekse...


salam semua....
telah tiba saat2 genting bagi pelajar kaunseling especially...
bcoz sem ni, agak mencabar jugak subjek.
so kami kena struggle yang terbaik untuk dapat yang terbaik.
Apapon yang penting KERJASAMA ehh salohh he3 yg penting usaha,
then tawakal kepada Allah. itu lah kunci kejayaan yang kecik la..
Ada lagi besar step nyer, tapi cukup la sekadar tahu usaha dan tawakal...
yang len tu secret recipe laahhh...
ok that's all for today...ineed to continue my study...be prepared k..
wish u all the best and bi taufiq wannajah..insyAllah amenn....

Saturday, January 9, 2010

salam 'alaik...welcome 2 my blog office keh34

jemput2 la suma ye...meh la sggh tgk ceramah saL cmne nk cnduct business ngn btoll....ok that's all 4 now..c u....